Friday, July 22, 2011

十六回目。(Kita Sekarang..)

Sejak kebelakangan ini, selalu saja saya dikejutkan dengan berita berkaitan kematian, walhal berita 'kematian' ini bukanlah satu kejutan yang perlu saya dikejutkan. Semenjak dari dahulu saya diingatkan tentang kematian tetapi selalu saja saya yang seorang manusia yang lemah ini lupa. 

Terbaru, kepulangan ayahanda tersayang seorang sahabat yang saya kenali, beberapa minggu selepas bertemunya seorang lagi sahabat saya yang alim dengan penciptanya. Semoga mereka ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah.

Kepada kita yang masih sedang bercucuk tanam, bersediakah kita untuk menuai hasilnya di kemudian hari? Kepada yang masih lupa untuk bercucuk tanam, ingatlah kita sentiasa akan kematian, tiada yang hidup melainkan disediakannya sebuah pengakhiran. Dari Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
Perbanyakkanlah mengingati pemusnah kelazatan (mati).
(Riwayat al Tirmidzi dan al-Nasa'i)

Sunday, July 10, 2011

十五回目。(Negara Tanah Tumpah Darahku)


kami sokong kerajaan,
kami juga sokong pembangkang,
tanpa pembangkang,
kerajaan bermaharaja lela,
tanpa kerajaan,
tiada pambangunan disini sana,
kami sokong kedua-dua,
kami ambil jalan tengah,
kami duduk diam-diam,
selesai sudah masalah.

kami duduk diam-diam,
sudah lama kami berdiam,
kami menyatakan hasrat rakyat,
hasrat kami seperti angin sepoi-sepoi bahasa,
awalnya kuat kedengaran,
akhirnya suara kami entah dianginkan kemana.

begitulah kami dikudakan,
ditunggang dipukul, dilibas,
hanyalah kami duduk diam menyatakan hasrat.

demonstrasi tidak perlu, 
kami sokong tujuan bersih, 
kami ambil jalan tengah,
kami lihat dan kami adili, 
kami duduk diam-diam,
selesai sudah masalah.

gas pemedih mata tidak perlu,
air-air semburan juga tidak perlu,
kami sokong polis,
kami lihat dan kami adili,
kami duduk diam-diam,
selesai sudah masalah.

Saturday, May 28, 2011

十四回目。(Alahai...)


Dua orang gadis,
Seratus orang teruna,
Sembilan puluh sembilan ke si gadis A bertanyakan nama,
'Layan saja' si gadis A perlahan berkata,
Tinggal seorang teruna memerhatikan gelagat mereka,
'Mereka tak sedar ke si gadis B juga bersama?'
Monolog sendiri bertanya,
Oh mereka hanya pilih paras rupa,
'Kesian si gadis B' teruna seorang itu berkata,
Si gadis B terdengar,
diam-diam berkata,
'Alhamdulillah Allah kurniakan rupa ini yang tak seberapa'
'Sebagai pelindung di dunia yang sementara'

Thursday, May 5, 2011

十三回目。(Kalaulah Mereka Tahu)

kalaulah mereka tahu,
kiamat itu hanya sejengkal,
mungkin kurang tapi tak lebih,
tapi masih banyak yang rosak hatinya,
selalu bergembira, kerap ketawa,
tiada salah semua itu,
lebih baik dikurangkan,
ingatlah mati, ingatlah mati,
mungkin kamu akan diam berfikir akan kematian,
ataupun kamu akan terus ketawa? 

Saturday, April 16, 2011

十二回目。

寂しい土曜日
暗くて寒っ!

4年次の研究のことですが...
詰まらなくて厳しいとジャンケンに負けた僕が最初に思ったが、全然真逆!
先週、研究テーマが先生から貰った。
研究のテーマにも興味があって、すっ~ごく嬉しい。
ジャンケンに負けて良かった!

Tuesday, April 12, 2011

十一回目。

いい天気ですよ!今日は
だんだん春らしく感じています。
桜はまだ咲いてないんですけど...

今年、僕は研究生になりました。
1年間頑張りたいと思います。

悩むことも少なくはないです。
進学かそれとも就職か、マレーシアに帰るかそれとも日本に居残るか。ふぅ
今年こそ日本語もずっと勉強し続けたいと思います。
まだ1年があるのでその間を大切にしたいと思います。

Surat Buat Sahabat

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,
Aku memohon ampun kepada Allah yang tidak ada tuhan selain-Nya, yang hidup dan selalu jaga, dan aku bertaubat padaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam kepada kekasih sang pencipta, Nabi Muhammad s.a.w., penghulu sekalian Nabi yang dicintai.

Sudah lama kita tidak bersua muka, semoga kamu sentiasa berada di dalam rahmat-Nya, sihat seadanya. Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu dan keluarga, semoga kita diampuni oleh-Nya.

Sungguh banyak yang aku ingin tanya kerana lama benar kita tidak berjumpa tetapi sebelum itu ingin aku ingatkan diri aku dan kamu dengan nasihat dari Nabi s.a.w. kepada umatnya.

Daripada Abdullah bin Abbas r.a. Nabi s.a.w. bersabda : "Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara. Muda sebelum engkau tua, sihat sebelum engkau sakit, kaya sebelum engkau miskin, kelapangan sebelum engkau sibuk, hidup sebelum engkau mati."
(Riwayat al-Hakam)

Ini adalah nasihat daripada Nabi kesayangan kita Muhammad bin Abdullah untuk kita supaya kita sentiasa beringat. Jangan kata kamu dah lupa?.

Bagaimana keadaan kamu disana?
Aku tidak berapa pasti bilakah kali terakhir kita duduk semeja bertegur sapa. Sungguh aku rindukan kamu setiap masa. Kamu adalah sahabat yang paling 'sahabat' dengan aku setiap masa. Sentiasa menegur, sentiasa memuji walaupun kau tahu puji-pujian hanyalah kepada Allah s.w.t, sentiasa menjaga aku ketika aku sakit, sentiasa mencari alasan untuk menyenangkan hati aku sungguhpun diri kamu sendiri tak terjaga. Alangkah bertuahnya aku. Alangkah dengkinya mereka dengan kita. 

Bagaimana keadaan kamu disana? Semoga sihat sentiasa. Jagalah diri kamu itu dengan seelok-eloknya, bukan jaga untuk dirimu sendiri tetapi untuk orang sekeliling kamu. Aku teringat cerita kita dahulu, pernah merokok bersama, dan alhamdulillah kita juga dapat berhenti bersama. Jangan diulangi tabiat merokok yang buruk itu kerana bukan sahaja diri sendiri malah ia juga memudaratkan orang lain disekeliling kamu. Jika kamu merokok semula, ingin aku ingatkan engkau dengan amaran Allah dan juga Rasul-Nya yang melarang kita dari merosakkan diri sendiri. Sudah berapa banyak fatwa para ulama' yang mengharamkan perbuatan buruk ini. Aku takut kalau-kalau kerana dek rokok itu kamu meninggal dunia, ibarat perbuatan membunuh diri yang dijanjikan Neraka di alam sana.

Kurangkan tidur diwaktu petang. Jangan sesekali meng'hobi'kan tabiat tersebut. Membuang masa sahaja. Gunakan masa terluang untuk sesekali gerakkan badan, bersenam, seperti yang telah aku katakan sebelum ini, jagalah diri kamu untuk orang di sekeliling.

Aku sangat sayangkan kamu, lebih dari segala-galanya tapi tidaklah melebihi sayang dan cinta aku kepada Allah dan Nabi Muhammad s.a.w.. Jadi ikutlah apa yang telah Nabi nasihatkan, supaya kamu selamat di dunia dan akhirat.

Keluarga kamu bagaimana?
Dulu selalu juga aku bertemu dengan ayah dan ibu kamu, mesra betul mereka dengan aku. Bagaimana mereka sekarang? Rindu rasanya hendak bertemu dengan mereka. Ucapkan salam aku kepada mereka.

Berbuat baiklah dengan mereka sebagaimana mereka menjaga kamu dahulu. Berbaktilah kepada mereka seolah-olah mereka bakal dijemput pulang ke alam sana keesokan harinya. Sedarilah masa itu sangat singkat, gunakan dengan sebaik-baiknya.

Walaupun aku bukanlah seorang yang pandai memberi nasihat tetapi aku harap engkau terima nasihat aku sepertimana aku sangat sukakan nasihat yang sentiasa kamu berikan untuk aku. Pernah kau ceritakan pada aku yang ibu kamu sangat sayangkan kamu, mungkin lebih daripada saudara kamu yang lain. Ingatlah kesusahan ibu kamu dahulu, kesusahan yang dicurahkan dalam bentuk kasih sayangnya kepada kamu. Dikandungkan kamu 9 bulan lamanya. Peritnya tidaklah aku tahu bagaimana, tetapi bersyukurlah kerana ibumu itu sangat mengambil berat akan kamu. Ingatkah kamu berkenaan kisah antara Jahimah al-Sulami dan Rasulullah?

Jahimah al-Sulami datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: "Wahai Rasulullah! Saya ingin berperang dan saya datang untuk berbincang."Rasulullah bertanya: "Adakah engkau mempunyai ibu?" Beliau menjawab: "Ya" Rasulullah bersabda: "Dampingilah dia, sesungguhnya syurga terletak di kedua kakinya"
(Riwayat al-Hakim)

Betapa besarnya tanggungjawab kamu itu. Semoga kamu tidak lupa.

Sudah bekeluarga?
Kalau kamu sudah berpunya, izinkan aku untuk mengucapkan tahniah! Semoga berkekalan sehingga ke syurga hendaknya! Ketahuilah setiap sesuatu itu bermula dari dalam keluarga, sekiranya elok keluarga itu insyaAllah eloklah juga anak-anaknya. Aku tidak bermaksud untuk mencampuri urusan keluarga kamu tapi terimalah beberapa nasihat yang ingin sahabatmu berikan ini.

Wanita yang bernama 'isteri' itu bukanlah orang asing yang kamu patut jadikannya surirumah semata-mata. Jangan dijadikan isteri itu sebagai hamba untuk menurut apa sahaja yang kamu perintah, bukan juga sebagai kayu untuk kamu lempar dan sepak merata-rata. Isteri itu adalah sebahagian daripada kamu, sakit mereka sakit kamu juga. Jangan tinggikan suara kamu terhadapnya. Hati mereka kaca, mudah pecah, jadi jagalah dengan sebaik-baiknya. Didiklah mereka sebagaimana Rasulullah mendidik isteri-isteri baginda, penuh tarbiyah. Aku mungkin kurang mahir dalam men'tarbiyah' isteri-isteri ni sebab belum berpengalaman, jadi tanyalah kepada orang yang berpengalaman, kalau malu, tu, di kedai buku banyak buku sejarah yang menceritakan bagaimana sikap Rasulullah s.a.w. dengan isteri-isteri baginda. Jadikan itu sebagai rujukan. Jadilah se'romantik' Rasulullah!

Ya Allah tuhan yang berkuasa menakdirkan setiap sesuatu, takdirkanlah sahabatku bertemu isteri yang solehah yang menjadi penyejuk di dadanya, yang menjadi syurganya di dunia.

Kalau kamu sudah mempunyai anak, alhamdulillah! Didiklah mereka dengan didikan agama agar Islam itu menjadi cara hidup mereka. Anak yang soleh dan solehah itu boleh menjadi temanmu di hari tua kelak. Dan boleh jadi temanmu di syurga kelak, insyaAllah.

Itu cerita kalau dah berkahwin la, kalau belum, berdoalah supaya dipertemukan dengan wanita yang solehah yang akan sentiasa menjaga kehormatan dirinya dan kehormatan kamu itu. Kalau kamu nak, aku boleh tolong carikan satu!

Dulu selalu kamu ceritakan mengenai cita-cita kamu...
Selalu bila kita berdua, selalu juga kita berkongsi cerita. Aku menjadi pendengar setia cerita cita-cita kamu. Sungguh hebat bila kamu bercerita. Nak jadi orang kaya? Nak jadi orang ternama? Rumah besar? Kereta mewah? Isteri yang cantik bergaya? Sungguh hebat semuanya.

Aku ingin menjadi sahabat yang berguna. Aku selalu berdoa. Ya Allah ya tuhanku, sekiranya sahabatku dilimpahkan-Mu dengan kekayaan harta, semoga sahabatku selalu menderma pada yang kurang mampu, sedekah sentiasa. Aku pernah terbaca sebuah hadis yang berbunyi,

Daripada Hakim bin Hazim r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Sedekah yang paling afdal adalah daripada lebihan keperluan. Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (tangan yang menerima)."


dan seelok-eloknya sedekahlah dalam keadaan yang 'tersembunyi'. Dari riwayat al-Tabrani, Nabi s.a.w. pernah bersabda : "Bersedekah secara sembunyi 'memadam' kemarahan Tuhan." Semoga ia menjadi peringatan kita berdua wahai sahabatku.

Ya Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, jangan engkau takdirkan sahabatku menjadi ternama kerana kekayaan hartanya, kuat pengaruhnya sebaliknya jadikanlah dia seorang yang dingati kerana ilmu di dadanya, kerana sikapnya. Engkaulah yang mengetahui segala sesuatu Ya Allah.

Ya Allah perkuatkankanlah hubungan persahabatan ini ya Allah, semoga dipertemukan di syurga hendaknya. Amin.