Saturday, March 12, 2011

四回目。(君と会えたから....)



レビュー
『君と会えたから....』という小説は読者までストーリに引き込まれるぐらいすばらしい小説です。話の流れも分かりやすく書かれていて、適切で中学生から大人まで読まれても伝いたいメッセージが伝われると思います。『君と会えたから....』のタイトルは少しロマンチックな感じがすると思うんですが内容的にはとても感動的で自分の人生の中で役に立ちそうと思います。「生きる意味」と言うことを主にしてこれから自分のために出来ることや身の回りにいる人々のために出来ることなどをどうやって役に立てるのかを教えるのです。人生において、約束されていることは一つしかないですよ。その約束されていることを訪ねるまでには。。。

初めて日本語の小説を読みたい方(中級者)にお勧めです。使われた日本語も中級ぐらいで、漢字もそんなに多く使われていないですよ。是非一度読んでみてください!読んでくれれば、喜多川先生はもちろんのこと僕も嬉しいと思います。


ULASAN
Kimi to Aetakara ( Kerana Sempat Bertemu Kamu ) merupakan sebuah novel yang sangat menarik, membawa pembaca tenggelam ke dalam keasyikan perjalanan ceritanya yang mudah difahami, serta berkebolehan mengajak pembaca berfikir mengenai diri dan juga orang sekeliling. Walaupun tajuknya sedikit berbau romantik tetapi isi novelnya lebih kepada penghayatan mengenai nilai sebuah kehidupan, serta bagaimana untuk memanfaatkannya sebelum menghadapi satu benda yang pasti bagi setiap yang bernyawa.

Penggunaan Bahasa Jepun yang mudah difahami, kurang penggunaan kanji yang susah, dan saya sarankan buku ini untuk dibaca bagi sesiapa yang berminat.

RINGKASAN
Kisah bermula di dalam sebuah pameran galeri seni dimana Nodoka (anak kepada watak utama, Yuusuke) bertemu seorang wanita yang agak berumur. Satu jam lamanya sehelai gambar ditatap, sebelum Nodoka menegurnya. Setelah wanita tersebut beredar dari galeri seni itu, Nodoka menceritakan perihal wanita tersebut kepada bapanya, Yuusuke bahawa wanita tersebut bernama Fujiko, nama yang sudah 20 tahun tidak didengarinya.... dan cerita bermula di musim panas di bulan Ogos, ketika Yuusuke masih di alam remaja, berumur 17 tahun, bertemu seorang gadis yang cukup misteri, berpemikiran menjangkaui usianya. Di dalam pertemuan yang singkat, gadis tersebut tanpa disedari menjadi guru yang mengajar Yuusuke erti sebuah kehidupan yang sangat berguna.

P/S : 3/11 Jepun dilanda Tsunami beserta gempa yang bermagnitud 8.9, semoga mereka berada dalam keadaan selamat hendaknya, sedih hati melihat matinya mereka dalam keadaan tidak diterangi Nur dari-Nya.

If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

Post a Comment