Wednesday, March 23, 2011

九回目。(Musibah Itu Satu Nikmat)

Setiap hari ada sahaja yang bergembira, bergelak ketawa. Si ibu bermain dengan anak-anaknya, sesekali si bapa mencuit si ibu ingin bergurau senda. Alangkah bahagianya dunia.

MASA LAPANG
Allahuakbar, Allahuakbar...... Lailahaillah.
Sungguh merdu suara muadzin memanggil kita menghadap Sang Pencipta, tuhan untuk semua umat manusia.

"Lepak r bro, kitorang tengah main game ni... banyak masa lagi." teriak Saiful barangkali tak berpuas hati kepada Ali yang telah menegurnya berkali-kali.

"Report bertimbun tak siap lagi ni, tunggu kejap erk." bisik Aisyah cuba bermain kata agaknya dengan Sang Penciptanya.

Ini hanyalah sebahagian daripada bergunung contoh yang ada di sekeliling kita.

Diputarkan siang kepada malam dan diputarkan malam kepada siang, disertakan sebab di sebalik keindahan penciptaannya. Nikmat 24 jam yang dikurniakan kepada kita berapa banyak yang digunakan untuk mengingati atau beribadah kepada Allah yang Maha Esa? Agak-agak la kalau solat 5 waktu yang wajib tu di'percentage'kan minitnya dalam sehari berapa agaknya yang kita dapat? Anda semua bijak-bijak belaka, ambil kalkulator, tekan dan kira. Masa lapang yang ada jangan hanya untuk bergelak ketawa, sesekali beristighfar, bertahmid, bertasbih dan bertakbirlah sementara masa masih ada.

11 MAC 2011
Tarikh keramat. Gempa bumi menggegarkan bahagian timur-utara Jepun menyebabkan tsunami yang meragut beribu-ribu nyawa dan ditambah pula dengan masalah radiasi nuklear daripada loji nuklear di Fukushima.
Tarikh musibah kepada dunia. Musibah kepada orang yang hanya di kepala otaknya ada perkataan 'rugi' saja. Memikirkan masalah kewangan antarabangsa agaknya. Musibah kepada orang yang apabila melihat bencana ini sambil berkata "tu dia, tuhan dah turun bala" tapi langsung tak ambil pengajaran daripadanya. Musibah kepada orang yang dilanda bencana ini tapi selepas kehilangan anak dan keluarga mulalah memaki hamun diri dan kepada tuhan lalu berkata "dimana belas kasihanmu tuhan? kenapa tak biarkan aku mati saja?". Ya memang ini satu musibah kepada orang yang hatinya dirasuk kemewahan dunia.

MUSIBAH ITU SATU NIKMAT
"Astaghfirullah.. semoga engkau selamatkan mereka Ya Allah" bisik Hafiz setelah melihat bencana di Jepun itu  di kaca TV.

"Ya Allah kau ampunilah aku atas kesilapanku selama ini Ya Allah, sungguh aku seorang yang lalai dalam mengingati-Mu" sebak di hati Fatin memikirkan keadaan dirinya dibandingkan dengan mangsa-mangsa bencana di Jepun itu.

Inilah musibah yang menjadi nikmat bagi yang memerhati dan berfikir. Di timpa musibah lalu diucapkannya alhamdulillah memuji Allah kerana di dalam hatinya sering mendambakan kematian untuk cepat-cepat bertemu Sang Penciptanya. Musibah ini satu nikmat. Yang tak pernah bertegur sapa mulai menegur bertanya keadaan orang sekelilingnya. Yang tak pernah menderma mula menderma. Yang tak pernah ingat tuhan mula berdoa. Inilah nikmat yang didatangkan dalam bentuk bencana.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W. bersabda : "Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya."
(Riwayat al-Bukhari)

MALAYSIA
Kekadang terfikir rakyat di Malaysia, tak beruntungkah anda? Paling teruk pun banjir saja. Itu pun nak kecoh satu dunia. Tetapi sangat kurang yang bersyukur, Islam diketepikan, Allah dilupakan. Inilah musibah yang melanda rakyat Malaysia sekarang. Ya Allah bila Engkau nak turunkan musibah kepada Malaysia? Mudah-mudahan ia menjadi musibah nikmat kepada yang masih bertakwa.

If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

Post a Comment